01 May
01May

KAEDAH PENULISAN ISI

Teknik MBKUCP membolehkan murid-murid mengembangkan isi karangan dengan lebih luas. Murid-murid dapat membina isi karangan dengan lebih padat dan mantap. Selain itu, murid-murid juga lebih mudah untuk menambah idea dalam penulisan karangan.



Tajuk: Punca-punca masalah disiplin dalam kalangan pelajar.


Contoh Teknik MBKUCP

 

Isi 1 : Kurang kasih sayang ibu bapa

M – Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak.

- Mereka tidak memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak.

K - Menyebabkan anak-anak mereka berasa terabai dan bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka.

U - Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

C – Ibu bapa seharusnya mengambil berat terhadap anak-anak seperti meluangkan masa bersama agar anak-anak berasa disayangi oleh ibu bapa.

P – Kasih sayang terhadap anak-anak amat penting untuk membentuk peribadi yang baik anak-anak.


Contoh Perenggan Isi Lengkap

 

      Punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar disebabkan oleh kurangnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak (ISI). Hal ini demikian kerana, ibu bapa kini lebih mengutamakan kerjaya sehingga alpa terhadap tanggungjawab mereka terutamanya dalam mendidik anak-anak (MENGAPA). Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Mereka terlalu tumpukan pekerjaan dan memikirkan masa yang ada dirumah itu hanyalah untuk berehat. Mereka tidak menggunakan masa yang ada untuk bersama anak-anak (BAGAIMANA). Perkara tersebut amat jelas akan menyebabkan anak-anak mereka berasa terabai dan melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka. Anak-anak akan terdorong melakukan masalah disiplin kerana mereka beranggapan bahawa ibu bapa mereka tidak akan mengambil tahu tentang mereka dan mereka bebas melakukan pelbagai perkara (KESAN). Ibu bapa seharusnya mengmbil berat terhadap anak-anak dan mendidik mereka dengan sebaiknya sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. (UNGKAPAN MENARIK ATAU PERIBAHASA) Sebagai contoh, ibu bapa seharusnya mengambil berat terhadap anak-anak seperti meluangkan masa bersama agar anak-anak berasa disayangi oleh ibu bapa. Anak-anak juga boleh berkongsi pandangan dan cerita bersama ibu bapa (CONTOH). Oleh itu, kasih sayang terhadap anak-anak amat penting untuk membentuk peribadi yang baik anak-anak (PENEGASAN ISI).

 

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING